19 December 2011

Luahan hati

Ya ALLAH aku sayang sangat kat dia, tetapi kenapa akhirnya jadi macam ni. aku buntu sangat. adakah tindakan aku ini salah?. adakah aku salah memilih si dia?. aku harap sangat perkara ni dapat diselesaikan dengan pilihan yang tepat. Aku cuma impikan seseorang yang dapat menerima aku dan dapat membahagiakan aku. aku tidak mahukan kemewahan atau memilih kebendaan, yang aku mahukan cuma keihklasan dan kejujuran .
kenapa susah sangat ?. kenapa banyak sangat dugaan yang harus aku jalani ?. kenapa banyak sangat halangan?. aku harap dia dapat terima aku kembali dengan sejuta harapan bahawa kami akan bersama selamanya. tetapi, jika tidak aku harap aku dapat lupakan dia dan terus dengan rakan kolej aku. aku harap ini adalah pilihan yang tepat. dan aku harap dia dapat terima aku seadanya. yang paling penting aku harap dia jujur dengan aku. Tetapi, aku sangat sayangkan Si Dia dan belum dapat terima bahawa hubungan kami jadi macam ni. aku terlalu sayangkan Si Dia. Jika dia dapat baca apa yang aku luahkan ini aku harap dia faham aku. Aku tidak boleh simpan lagi kerana lagi bertambah masalah jika aku mendiamkan diri. Aku luahkan untuk kesenangan aku. aku tidak memerlukan rakan, kerana dalam hal ini biarlah aku sahaja yang tahu dan membuat keputusan ynag sebaik mungkin. Aku harapkan yang terbaik .

No comments:

Post a Comment

~ Leave a comment ~